Author Archives: Tok Jampi
Watch “Selawat” on YouTube
Mak nak menantu.
4
Harga barang naik.
Najib Razak:
Armada PPBM dakwa harga barang naik sebab BN menang PRN Melaka.
Nak memperbodohkan Rakyat lagi ke?
Harga barang dah lama naik mendadak sebelum PRN Melaka dan sebelum Ismail Sabri jadi PM.
Sejak zaman Abah Kau pun. Kerap cecah paras tertinggi.
Indeks Harga Pengeluar mengukur kadar perubahan kos pengeluaran tempatan bagi barang-barang.
Biasanya, kenaikan indeks harga pengeluar ataupun kos pengeluaran akan membawa kepada kenaikan harga barang-barang bagi pengguna beberapa bulan kemudian apabila stok lama dalam kitaran habis diguna atau dijual.
Indeks harga penegeluar sudah naik mendadak sejak bulan Januari 2021.
Sebab itu, saya telah memberi amaran sejak bulan Jun 2021 lalu bahawa inflasi akan menjadi masalah yang semakin besar pada bulan-bulan mendatang sebab saya tengok kadar kenaikan Indeks Harga Pengeluar yang semakin naik mendadak akibat dasar-dasar kerajaan PN yang kurang bijak serta situasi lockdown pandemik.
“Jun 2021: Najib jangka inflasi jadi masalah besar pada bulan mendatang”
https://www.sinarharian.com.my/article/142403/BERITA/Nasional/Najib-jangka-inflasi-jadi-masalah-besar-pada-bulan-mendatang
Malah, BNM masa kerajaan PN pada akhir bulan Mac 2021 juga telah memberitahu bahawa kadar inflasi akan cecah 5% tak lama lagi.
“31 Mac 2021: Inflasi keseluruhan dijangka meningkat 5.0 peratus suku kedua”
https://www.utusan.com.my/nasional/2021/03/inflasi-keseluruhan-dijangka-meningkat-5-0-peratus-suku-kedua/
Jadi, saya tak faham kenapa geng PN sedang menggunakan kenaikan harga barang ketika ini sebagai propaganda utama untuk menyerang kerajaan hari ini dan untuk serang BN.
Cuba beritahu kami:
“Apakah perubahan dasar utama kerajaan bahawa PM9 selepas kerajaaan gagal PN tumbang yang bawa kepada kenaikan harga barang hari ini?”
Apa?
Sedangkan hampir KESEMUA menteri-menteri yang jaga dasar-dasar berhubung dasar kewangan, ekonomi, perdagangan antarabangsa, pertanian dan perladangan yang berkait dengan kenaikan harga barang dan khususnya bahan makanan juga adalah dari PPBM-PN.
Menteri kewangan – lantikan PM8/PPBM (sama orang dalam kerajaan PN)
Menteri ekonomi – PPBM (sama orang dalam kerajaan PN)
Menteri MITI – PPBM (sama orang dalam kerajaan PN. Muka sama tapi identiti tak pasti, kata Tommy)
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia
– PPBM (sama orang dalam kerajaan PN)
Menteri Perladangan – lantikan baharu dari PPBM.
Malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari GPS juga adalah orang yang sama dalam kerajaan PN dahulu.
Semua adalah orang PPBM korang – dari dulu lagi hingga sekarang.
Jadi, kenapa pula kenaikan harga barang sekarang tiba-tiba adalah salah PM9, salah Najib atau salah UMNO dan salah BN menang PRN Melaka?
Dan bukan kah memansuhkan GST dan menggantikannya dengan SST akan menurunkan harga barang?
Parti Bersatu kata objektik utama mereka ialah untuk mengembalikan Muhyiddin sebagai PM.
Page-page propaganda PPBM-PN utama seperti page Otai pun telah mulakan serangan bertubi-tubi atas PM Ismail Sabri.
Isu utama yang mereka gunakan sekarang ialah harga barang naik biarpun inflasi sudah mula naik mencanak dan harga sering cecah paras tertinggi masa Muhyiddin jadi PM.
Paling membimbangkan ialah Menteri-menteri dalam kerajaan Ismail Sabri juga merupakan menteri utama yang mengatur dasar ekonomi, pertanian, kewangan, perladangan yang mempengaruhi harga barang khususnya harga makanan juga adalah dari parti yang mahu tumbangkan Ismail.
Dorang serang Ismail berkenaan harga barang naik tapi dorang juga yang bertanggung jawab atas dasar-dasar yang sebabkan harga barang naik.
Sejak bulan April saya telah menjelaskan punca kenaikan harga serta memberi pelbagai cadangan untuk kawal atau redakan kenaikan harga barang. Kenapa menteri-menteri ini tak mahu pertimbangkan?
Page PPBM Otai kata kerajaan bodoh sebab nak sambung projek keretapi KL-Singapura pada ketika Rakyat tengah hidup susah.
Tapi boss sendiri sokong projek keretapi KL-JB yang sama kos dengan KL-Singapura.
Malah mahu lanjutkan lagi ke Bangkok?
Rakyat tak hidup susah lagi jika sambung dari Singapura ke Bangkok ke?
Posting Otai:
https://www.facebook.com/PageOtai/posts/334616228472504
Butang kan ada?
Projek HSR KL-Singapura:
Yang setuju dengan Tun M untuk batalkan projek 3 tahun lepas, Guan Eng.
Yang suruh kerajaan hidupkan semula projek bulan lepas, Guan Eng.
Yang suruh BN tepati janji Manifesto PRN Melaka untuk hidupkan semula projek minggu lepas, Guan Eng.
Yang kecam kerajaan sebab hidupkan semula projek hari ini, juga Guan Eng.
Apa lu mau?
Dah seminggu saya dedahkan bukti-bukti tersebut.
Hari ini dia baru jawab balik.
Jawapannya ialah “ianya Pajakan dan bukan percuma”.
Tapi dia mengaku juga.
Mengaku bahawa dia memang dapat tanah kerajaan tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi.
Pajakan 60 tahun. Kos pajakan RM7.80 satu ekar sebulan ataupun RM3,200.
Masa dia dapat tawaran tanah dengan harga murah giler itu dari LADA pada tahun 2014:
1. Dia adalah penasihat LADA.
2. Anak dia pula adalah MB Kedah dan juga EXCO tanah. Hal Ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Dan memang benar dia serahkan kembali tanah tersebut pada tahun 2017.
Kenapa pula?
Mahathir jawab sewa tanah telah dinaikkan berkali ganda. Sebab itu dia serah balik.
Pada ketika tahun 2017 itu, dia sudah letak jawatan penasihat LADA pada tahun 2016. Anak dia juga hilang jawatan MB Kedah buat kali pertama pada tahun 2016.
Tapi dalam posting hari ini, dia tidak pula sebut tanah balak yang diberi pada anak dia seperti yang saya turut dedahkan.
Konsesi balak serta tanah 1,000 hektar (2,471 ekar) diberi pada anak dia pada tahun 1994 masa dia PM.
Takde juga Tun Mahathir jawab tanah Putrajaya yang dia kata dia beli dari kerajaan. Berapa luasnya dan berapa harganya yang kamu bayar?
Bagus juga Atok mengaku minggu lepas bahawa dia lah yang pinda akta tersebut bagi saya minta kediaman dari kerajaan.
Saya minta bawah akta yang kamu pindah pada tahun 2018. Saya minta masa saya bukan lagi jadi PM ataupun kerajaan di bawah BN dan anak saya bukan pun Ketua Menteri atau MB di mana-mana negeri.
Takde akta pun yang pernah kata ayah boleh ditawarkan tanah kerajaan dengan harga murah giler oleh kerajaan anak dia seperti dalam kes tanah Langkawi atok.
Takde akta juga yang kata anak boleh ditawarkan konsesi balak dan tanah beribu ekar semasa ayah dia PM.
Office saya cuma minta kediaman kerajaan pada tahun 2018 selepas PRU14 seperti hak bawah akta yang kamu pinda itu. Tak langgar apa-apa undang-undang.
Saya diberi pilihan rumah milik kerajaan di 3 lokasi dan saya pilih satu.
Takde pulak saya minta kerajaan bayar RM100 juta untuk beli bagi saya ataupun saya diberitahu nilai.
Dan saya juga telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.
Dan suruh kerajaan jual tanah tersebut dan sekiranya benar-benar bernilai RM100 juta, sila masukkan dalam tabung untuk disalur sebagai pinjaman tanpa faedah bagi 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang.
Apa yang saya dapat sekarang selepas 9 tahun berkhidmat sebagai PM dan menaikkan nilai simpanan negara dari RM800b ke RM2 trilion?
Dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi secara peribadi seperti disahkan mahkamah, saya juga memberinya sepenuhnya untuk kerja CSR dan program-program Rakyat. Saya tak guna untuk peribadi saya pun.
Saya pun dah tak mahu apa-apa sebab kamu asyik meroyan.
Jika saya atau keluarga saya pernah menerima apa-apa tanah dari kerajaan, sila Atok dedahkan.
Sila dedahkan. Sila bocorkan.
Bukti yang saya kemukan minggu lepas: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/450863353071275
Posting Tun Mahathir hari ini: https://www.facebook.com/100044516073020/posts/465140234979842/?d=n
30
30 TANDA-TANDA HATI KOTOR
1. Gelisah walaupun tiada masalah.
2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.
3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.
4. Tidak amanah dan mungkir janji.
5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
11. Menyampaikan ilmu dengan riak.
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.
14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)
16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
17. Solat yang tidak khusyuk.
18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.
19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.
22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.
23. Suka bergosip dan menabur fitnah.
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.
26. Pendendam.
27. Penting diri dalam semua hal.
28. Berpura-pura dan suka membodek.
29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.
30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.
Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.
Watch “🟢81 | Hukum Menjawab Azan Di Aplikasi Telefon 🤔” on YouTube
Alhamdullilah.
Belajar.
